SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN BIKANG
Sekolah Kebangsaan Bikang telah diwujudkan pada januari 1963 dan dikenali sebagai Native School (NVS) kampung Bikang, Lahad Datu. Pada awalnya sekolah ini, adalah hasil permuafakatan di tiga buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Bikang, Kampung Long Danau dan Kampung Segangan. Masyarakat ketiga-tiga kampung tersebut bukan sahaja menyumbangkan wang ringgit untuk pembiayaan pembinaan bangunan tersebut, tetapi turut menyumbangkan dan bergabung tenaga membina bangunan tersebut. Tetapi yang lebih berharga daripada semua itu ialah sumbangan tanah seluas 2.07 ekar oleh seorang penduduk kampung Bikang yang bernama Imam Bikang.
Satu jawatankuasa telah dibentuk yang terdiri daripada enam org yang berasal dari ketiga-tiga kampung
- En.Abdul Satar. Kg Bikang
- Tuan Haji Amir Abdullah. Kg Bikang
- En. Hairal. Kg Long Danau
- En. Angkuk. Kg Long Danau
- En. Kk Kapar. Kg Segangan
- En. Yusof. Kg.segangan
Diawal penubuhan sekolah ini, mempunyai seramai 36 orang murid sahaja, 20 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan dibawah jagaan seorang guru. Pada tahun 1968 dan 1969 jumlah murid Sekolah Sk Bikang telah bertambah seramai 200 orang murid. Bangunan sekolah pada asalnya hanya sebuah telah bertambah kepada tiga buah kelas, bilangan guru juga bertambah kepada tiga orang.
Sekitar 1970 hingga sekarang sekolah Sk Bikang tetap menjadi pilihan anak - anak dari ketiga-tiga kampung tersebut untuk bersekolah. SK Bikang juga turut menjadi tumpuan dari Batu 8, Kampung Bulus, Taman Khazanah Indah, Pangsapuri, Rancangan Peringkat Satu, Desa Baju dan ada juga beberapa orang pelajar dari Kampung Burung turut bersekolah di SK Bikang. Sehingga kini(2018)jumlah pelajar seramai 189 murid dan jumlah murid tidak kekal kadang-kadang boleh mencecah hingga 200 orang murid manakala jumlah guru seramai 15 orang dan 2 orang kerani dan seorang pembantu pengurusan murid.
Bangunan sekolah juga bertambah 6 blok. Satu blok pentadbiran terdiri daripada bilik guru, bilik pejabat pentadbiran, Dewan mini SK Bikang, Bilik Ict , bilik ppsmi dan bilik makmal komputer, satu blok prasekolah, satu blok perpustakaan, dua buah blok terdiri daripada kelas tahun 1 hingga 6 dan satu blok terdiri daripada bilik J-Qaf, bilik Pemulihan Khas dan stor.
Bangunan sekolah juga bertambah 6 blok. Satu blok pentadbiran terdiri daripada bilik guru, bilik pejabat pentadbiran, Dewan mini SK Bikang, Bilik Ict , bilik ppsmi dan bilik makmal komputer, satu blok prasekolah, satu blok perpustakaan, dua buah blok terdiri daripada kelas tahun 1 hingga 6 dan satu blok terdiri daripada bilik J-Qaf, bilik Pemulihan Khas dan stor.
No comments:
Post a Comment